Dua belia Singapura – penyanyi dan penggubah lagu, Shazza, dan usahawan blok rantai, Encik Fathurrahman Faizal – berjaya disertakan dalam senarai berprestij belia berwawasan dalam era Kecerdasan Buatan (AI), 30 Under 30 Asia (Class of 2025), yang dipilih majalah perniagaan Amerika, Forbes.
Shazza, 23 tahun, atau nama sebenarnya, Shareefa Aminah Abdul Shariff, dan Encik Fathurrahman, 25 tahun, adalah antara 300...





