Sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan Singapura yang ke-60, atau SG60, sambutan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2025 akan diraikan dengan lebih meriah, dengan lebih 200,000 penonton dijangka hadir meliputi kawasan Padang dan sekitar Marina Bay.
Dengan pertunjukan diperluas itu, pasukan payung terjun Red Lions akan mendarat di Padang, manakala penyelam daripada Angkatan Laut Republik Singapura akan terjun ke perairan Marina Bay...





