Pelawak Yassin Yahya mendedahkan pernah tidur berdiri di lokap ketika ditahan selama 10 hari di sebuah balai polis di Jeddah, Arab Saudi, pada Oktober 2024.
“Keadaan di lokap agak menyedihkan. Kali pertama saya tidur berdiri sebab lantai penuh. Saya akhirnya dapat juga tidur di depan pintu tandas. Nampak kaki orang langkah saya dalam masa lapan hari.





