Pemilihan pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan pada 23 Mei sudah seminggu berlalu, namun ketegangan dan kehangatannya belum berakhir dan masih berlarutan.
Ternyata keputusan pemilihan belum mematikan bahang panas itu dan tumpuan kini terarah kepada siapa pengganti dua menteri PKR yang meletak jawatan usai kekalahan mempertahankan jawatan dalam pemilihan Pusat parti itu.





