“Kalau ambil gambar, aku baling selipar,” demikian ugutan lelaki etnik Rohingya yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’ selepas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Muar pada 30 Mei kerana didapati bersalah merogol seorang wanita berstatus isteri orang.
Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman itu terhadap Long Tiger atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab Hamid, 36 tahun,...





