MELAKA: Seorang ejen insurans direman dua hari oleh Mahkamah Majistret pada 2 Jun selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel madunya, yang juga seorang guru, pada Mac lalu.
Perintah reman terhadap suspek berusia 53 tahun itu yang bermula pada 2 Jun dikeluarkan Majistret, Nurul Asyikin Rosli, selepas permohonan dibuat oleh pegawai penyiasat.





