KUALA LUMPUR: Penganjur Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-24 menafikan wujud sikap pilih kasih apabila memperkenalkan kategori baru, Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik.
Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang juga jawatankuasa penganjur AIM 24, Rosmin Hashim berkata kategori baru itu bertujuan untuk mengiktiraf dan meraikan bakat tempatan yang berkolaborasi dengan komposer dari luar negara.





