KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi, 45 tahun, terkejut dan tidak menyangka seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular terbabit dengan kes amang seksual yang didakwa dilakukan terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun.
Bagaimanapun, menurut Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil berkata penyanyi itu belum lagi didapati bersalah.





