Ramadhan Rajab, Danang, Vietnam
Gaya hidupJun 15, 2025 | 5:30 AM

Pemuda S’pura henti kerja, kejar impian kayuh basikal kembara dunia

Tatkala Encik Ramadhan Rajab pertama kali jejakkan kaki di Jepun di bawah program pertukaran sekolah, beliau meraih pengalaman manis menetap bersama keluarga tempatan di sana selama beberapa hari.

Setelah 17 tahun tidak berhubung, pemuda berusia 28 tahun itu berhasrat mengayuh basikalnya sekitar 1,000 kilometer dari Fukuoka ke Nagoya Jun ini dengan harapan dapat bertemu semula dengan keluarga angkatnya itu.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu (tengah), bersama Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee (kiri), dan Pemangku Menteri Tenaga Manusia, Cik Jasmin Lau (kanan) dalam satu sidang media pada 16 Oktober untuk memberi kemas kini tentang keadaan jerebu di Singapura dan langkah-langkah yang diambil.
SingapuraOct 16, 2026 | 7:23 PM

Grace Fu: Jerebu akan cecah tahap ‘berbahaya’ sebelum reda jelang monsun

Jerebu di Singapura berisiko mencapai tahap berbahaya, dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) melebihi 300 dalam masa beberapa hari mendatang dek keadaan cuaca, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, pada 16 Oktober.

Bagaimanapun, tempoh peralihan monsun – yang dijangka bermula dalam tempoh tiga hingga empat minggu – berkemungkinan akan memulihkan mutu udara, kata beliau dalam satu sidang media...

Lebih 15,000 orang hadir di Purple Parade terbesar pada 2025.
SingapuraOct 16, 2026 | 7:14 PM

Purple Parade ditunda ke 2027 akibat  jerebu 

Purple Parade, yang pada mulanya dijadualkan pada 24 Oktober, ditangguhkan ke separuh pertama 2027, kata penganjur dalam hantaran Facebook hari ini.

“Keputusan ini dibuat selepas pertimbangan teliti, dengan keselamatan dan kesejahteraan semua peserta sebagai keutamaan kami, terutamanya orang kurang upaya (OKU) dan penjaga mereka, yang sebahagiannya mungkin lebih terdedah kepada kesan jerebu,” tulis penganjur dalam soalan lazim ditanya (FAQ) di...

Kumpulan K-pop BigBang dijadualkan mengadakan konsert di Stadium Nasional Singapura pada Sabtu dan Ahad ini. Pelitup muka, air minuman dan bantuan kecemasan akan disediakan susulan keadaan jerebu yang melanda Singapura.
SingapuraOct 16, 2026 | 7:14 PM

Pelitup muka, air minuman disediakan di konsert BigBang susulan keadaan jerebu

Kemudahan mendapatkan air minuman, pelitup muka dan bantuan kecemasan akan disediakan di Stadium Nasional Singapura sebagai persiapan menjelang konsert Kumpulan K-pop BigBang pada hujung minggu ini.

Menurut notis terkini Instagram penganjur konsert AEG Presents Asia hari ini, langkah itu diambil ketika bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam kekal pada paras sangat tidak sihat di beberapa kawasan di Singapura.

Seorang lelaki melintasi kawasan perladangan yang diselubungi asap kebakaran di Indonesia. Pengeluar minyak sawit Bumitama Agri dikaitkan dengan kawasan perladangan Indonesia yang dikesan mengalami kebakaran dan mengeluarkan asap, menurut siasatan Greenpeace.
SingapuraOct 16, 2026 | 7:13 PM

Bumitama Agri mohon dagangan saham di Bursa Saham SGX digantung

Pengeluar minyak sawit yang disenaraikan di Singapura, Bumitama Agri, baru sahaja memohon penggantungan sementara dagangan sahamnya di Bursa Saham SGX.

Langkah itu dibuat sementara menunggu pengumuman, menurut permohonan yang dikemukakan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Encik Lim Gunawan Hariyanto.

IKEA mempunyai tiga cawangan di Singapura, iaitu di Tampines, Jurong dan Alexandra.
SingapuraOct 16, 2026 | 7:12 PM

IKEA sediakan kopi dan teh percuma akibat jerebu 

IKEA Singapura akan menawarkan kopi dan teh percuma di tiga cawangannya di Tampines, Jurong dan Alexandra.

Inisiatif itu, yang diambil memandangkan keadaan jerebu di Singapura semakin teruk, akan berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober (Isnin hingga Jumaat depan), katanya dalam satu kenyataan media pada 16 Oktober.

Kepentingan Bahasa Melayu di rantau kita
Play Video

BH Jelaskan: Kalau jerebu tambah teruk, apa yang bakal berlaku?
Play Video

Muis lancar unit khusus tumpu isu wanita, keluarga
Play Video

Grace Fu: S’pura pertimbang ambil tindakan terhadap syarikat sebabkan jerebu
Play Video

Bahasa Melayu cerminkan nilai-nilai budaya Melayu
Play Video