KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, 31 tahun, memohon maaf jika ada pihak kurang senang dengan kandungan dimuat naik dalam media sosial yang memaparkan dirinya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Bella, atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabella Awang Astillah, berkata hantaran video yang dimuat naik di laman sosial dibuat atas tuntutan dan komitmen kerja.





