KULIM (Kedah): Seorang operator kilang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor kerbau melintas di jalan berhampiran lampu isyarat Batu Putih, di sini pada malam 23 Jun.
Allahyarham Mohamad Fazli Mohd Zin, 43 tahun, dari Bukit Sang, Jalan Mahang, Karangan, meninggal dunia akibat parah di kepala dan tangan kiri, lapor Berita Harian Malaysia.





