Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) diharap dapat memberi manfaat kepada golongan ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) di Johor menerusi peluang pekerjaan dan program keusahawanan bersasar.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Cik Khairin-Nisa Ismail, berkata satu kertas cadangan sedang dirangka bagi memperincikan mekanisme pelaksanaan penyertaan kumpulan sasar tersebut, sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Kerajaan Negeri.





