KUALA LUMPUR: Komposer Man Senoi atau nama sebenar, Othman Masri, 72 tahun, dan isteri, Ramziah Mohamed Noor, 62 tahun, atau Mama Rap, tidak perlu mendapatkan persetujuan anggota 4U2C apabila memuat naik lagu-lagu mereka di platform Spotify.
Man Senoi berkata lagu-lagu terbabit adalah hak mereka sepenuhnya dan dilindungi Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP).





