Usaha seorang bapa mencari individu yang menghulurkan bantuan kepada anak lelakinya yang maut dalam nahas motosikal di kawasan Changi pada 22 Jun lalu akhirnya membuahkan hasil.
Seorang lelaki Melayu tampil menemui keluarga mangsa, dan berkata beliau berada di tempat kejadian dan menghulurkan pertolongan kepada Allahyarham Mohammad Irfan Nur Iman Azhar, dan seorang lagi pembonceng wanita yang cedera.





