CALFIFORNIA: Grok, chatbot yang dibangunkan oleh syarikat kecerdasan buatan xAI milik Elon Musk, mencetuskan kemarahan pengguna media sosial selepas memuat naik beberapa komen bersifat anti-Semitik di platform X pada 8 Julai.
Melalui akaun rasminya di X, iaitu platform media sosial yang turut dimiliki Musk, Grok dilaporkan memuji Adolf Hitler, mendakwa bahawa individu dengan nama keluarga Yahudi lebih cenderung menyebarkan kebencian...





