LONDON: Bintang tenis muda Italy, Jannik Sinner, menjuarai piala Wimbledon 2025, selepas mengalahkan Carlos Alcaraz 4-6, 6-4, 6-4, 6-4, dalam perlawanan akhir yang mendebarkan pada 13 Julai.
Kemenangan di Kelab All England tersebut bukan sahaja menjadi pencapaian Grand Slam keempat buat Sinner, 23 tahun, malah beliau berjaya menebus kekalahan yang memeritkan ketika bertemu Alcaraz, 22 tahun, dalam perlawanan akhir Terbuka...





