Pengunjung ke reruai Berita Harian (BH) pada acara ‘Raikan Ilmu@Heartlands’ di Northpoint City pada 27 Julai akan berpeluang mencuba pelbagai kegiatan menarik seperti menjadi pengacara atau tetamu podcast, NoTapis.
Kegiatan yang ditampilkan di reruai tersebut mencerminkan transformasi bilik berita BH di samping memberi peluang untuk pengunjung memahami proses yang dilalui BH dalam menghasilkan kandungan untuk masyarakat.





