Lebih 200 pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur telah ditauliahkan sebagai juruteknik Lenovo di bawah daya usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) selama tiga tahun yang dilancarkan Lenovo Singapura dan ITE.
Inisiatif yang dinamakan, ‘Bersih, Selamat, dan Perbaharui’ itu bertujuan merapatkan jurang kemahiran digital Singapura sambil memajukan kemampanan alam sekitar.





