Usaha menanam rasa cinta terhadap bahasa dan budaya Melayu sejak usia muda adalah penting, dan salah satu cara untuk melakukan demikian adalah menerusi buku cerita Melayu yang dekat di hati kanak-kanak.
Demikian menurut Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Faishal Ibrahim, semasa majlis pelancaran siri buku cerita bergambar untuk kanak-kanak prasekolah Melayu, Siri Pengkarya Singapura, di...





