UDON THANI: Satu rangka manusia dipercayai milik seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an tahun dengan ketinggian kira-kira 160 sentimeter (cm) ditemukan penduduk ketika sedang mencari cendawan di dalam hutan di Thailand.
Memetik laporan Thaiger, penemuan itu berlaku pada 28 Julai lalu di kawasan hutan berhampiran masyarakat Ban Dong Keng, di sini.





