Ilham bagi buku kanak-kanak Pak Busu Raja Sehari, yang dilancarkan baru-baru ini datang daripada pengalaman penulis, Hafeeza Ju, dengan anggota keluarganya sendiri.
Beliau menggabungkan perwatakan anak saudaranya, Aydin Mehdi Mohammad Raihan, lapan tahun, yang suka bertanya dan pengalaman terlibat dalam majlis perkahwinan adik bongsunya, Hafizuddien Ju, 38 tahun, pada 2013.





