KUALA LUMPUR: Seorang wanita berdepan detik tidak diduga apabila mendapati seekor katak kecil terapung dalam minuman asam boi yang dipesannya di sebuah restoran di Negeri Sembilan.
Perkongsian video di TikTok yang tular mencecah 2.1 juta tontonan menunjukkan imej seekor haiwan kecil berwarna gelap seperti ‘asam boi’ dalam air minuman yang dipesan wanita terbabit.





