Seandainya rakyat Singapura membuat perubahan yang berterusan dan jangka panjang kepada gaya hidup mereka, negara boleh menjimatkan sehingga $650 juta dalam kos penjagaan kesihatan menjelang 2050.
Ini berdasarkan hasil satu kajian pemodelan yang melihat bagaimana mengubah cara hidup selama 30 tahun boleh menjejas perbelanjaan kesihatan dan penjagaan kesihatan kumpulan etnik Cina, Melayu dan India di Singapura, lapor The Straits Times...





