Singapura kekal prihatin terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.
Dr Balakrishnan, dalam hantaran di Facebook pada 12 Ogos, berkata pada masa yang sukar ini, Singapura berdiri teguh bersama penduduk Gaza dan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi di Jordan untuk melakukan semua yang mampu bagi meringankan kesengsaraan mereka.





