Menteri Pendidikan, Cik Fadhlina Sidek, menegaskan kementeriannya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku buli di sekolah selepas kejadian terbaru melibatkan seorang murid di Johor dilaporkan media.
Dalam satu hantaran di Facebook pada 18 Ogos, beliau menyatakan kes berkenaan perlu disiasat segera agar tindakan sewajarnya dapat diambil dengan telus dan berlandaskan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan...





