Negeri Johor berisiko berdepan krisis air seawal 2030 jika pengurusan bekalan tidak dipantau dengan rapi, khususnya dalam mengimbangi antara penawaran dengan permintaan air terawat dengan pertumbuhan pesat sektor baru seperti pusat data.
Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Encik Dzulkefly Ahmad, berkata berdasarkan data semasa, jumlah penawaran dan permintaan air terawat di Johor menjelang 2030 kelihatan seimbang.





