LONDON: Pengurus Leeds United, Daniel Farke, memuji Lukas Nmecha selepas sepakan penalti pemain baru itu pada lewat permainan menghadiahkan mereka kemenangan 1-0 ke atas Everton dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada 18 Ogos.
Leeds, yang kembali beraksi dalam EPL musim ini, menguasai separuh masa pertama di hadapan penonton yang riuh-rendah di Stadium Elland Road.





