Nama penyanyi asal Singapura, Othman Hamzah, pastinya tidak asing lagi bagi peminat muzik Melayu bagi era lewat 1970-an.
Sebut sahaja judul lagu malar segar, Gadis Melayu dan Musliha, kededuanya cukup sinonim dengan Othman, meskipun Gadis Melayu asalnya didendangkan bintang rok Indonesia, Ahmad Albar.





