Surah Ali Imran ayat 166 hingga 173 meneruskan kisah peristiwa Perang Uhud, tatkala Allah swt membongkar sifat pengecut golongan munafik.
Semasa peperangan itu, ketua munafik, Abdullah Ibn Ubay Ibn Salul, berjaya mempengaruhi 300 orang tentera daripada 1,000 orang pasukan Muslim untuk berpatah balik dari medan perang.





