Sekitar 41,000 kucing peliharaan telah dilesenkan sejak Singapura melancarkan rangka kerja pengurusan kucing yang pertama, dengan hampir semuanya dikembirikan.
Demikian menurut Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) pada 1 September.
Sekitar 41,000 kucing peliharaan telah dilesenkan sejak Singapura melancarkan rangka kerja pengurusan kucing yang pertama, dengan hampir semuanya dikembirikan.
Demikian menurut Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) pada 1 September.
NEW YORK: Agensi berita The New York Times (NYT) dan Agence France-Presse (AFP) serta majalah The Economist pada 12 Oktober menyertai lebih 40 syarikat penerbitan dalam satu gabungan yang bertujuan menghalang syarikat kecerdasan buatan (AI) daripada menggunakan atau meraih keuntungan daripada kandungan mereka tanpa kebenaran.
Gabungan Piawaian bagi Hak Penggunaan Penerbit (Spur), yang dilancarkan pada Februari, kini dianggotai lebih 80...
RIYADH: Pihak berkuasa melanjutkan penutupan lapangan terbang antarabangsa Riyadh sehingga 18 Oktober (waktu Singapura).
Ruang udara Riyadh, ibu negara Arab Saudi, menjadi hampir lengang selepas syarikat penerbangan membatalkan penerbangan susulan serangan berterusan kumpulan Houthi yang disokong Iran dari Yemen.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata beliau mungkin akan mengadakan pertemuan dengan Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, ketika lawatan akan datang beliau ke Asia, sekali gus meningkatkan spekulasi mengenai usaha terbaharu Amerika mendekati rejim terasing itu.
“Saya mungkin (akan bertemu dengannya),” kata Encik Trump kepada wartawan pada 12 Oktober apabila ditanya sama ada beliau akan mengadakan...
Pelawat dan pesakit dinasihatkan pada 13 Oktober agar bersedia menghadapi masa menunggu lebih lama, sedang institusi penjagaan kesihatan awam setempat melaporkan gangguan perkhidmatan yang berterusan.
Dua daripada tiga kluster kesihatan awam, iaitu NHG Health dan Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), mengeluarkan notis tentang gangguan itu di media sosial.
JOHOR BAHRU: Penyediaan rumah mampu milik di Johor perlu mengambil kira kemampuan isi rumah secara menyeluruh, termasuk kos perjalanan, akses kepada pekerjaan dan kemudahan harian selepas pembeli memiliki kediaman.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata pembangunan perumahan perlu disokong oleh kejiranan yang lengkap bagi membantu penduduk menjalani kehidupan dengan lebih selesa.





