Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menjalankan siasatan dan mengambil keterangan Timbalan Ketua Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS), Encik Mohd Hafez Sabri, berhubung hantaran palsu berunsur perkauman di media sosialnya.
SKMM dalam satu kenyataan pada 3 September memaklumkan bahawa hantaran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manjoi (Perak) itu melibatkan kejadian seorang wanita menaiki pentas semasa sambutan Hari Kebangsaan Malaysia...





