RABAT: Maghribi merancang menubuhkan beberapa jawatankuasa kehakiman di stadium bagi menangani dengan segera sebarang kesalahan yang mungkin dilakukan peminat bola sepak semasa Piala Dunia Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2030.
Rancangan itu adalah sebahagian persediaan Maghribi yang bakal menganjurkan Piala Dunia 2030 bersama Sepanyol dan Portugal, kata Menteri Kehakiman Maghribi, Abdellatif Ouahbi.





