Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, akan mengadakan lawatan pengenalan ke Amerika Syarikat dari 9 hingga 13 September 2025.
Dalam satu kenyataan pada 8 September, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata semasa lawatan Encik Chan ke Washington D.C., beliau akan bertemu dengan pemimpin kanan, termasuk anggota Kongres Amerika.





