DENPASAR: Banjir kilat yang melanda Bali pada 9 September semakin parah akibat longkang tersumbat dan pembangunan tanah menjadi hotel serta vila, kata Menteri Alam Sekitar Indonesia, ketika agensi bencana negara mengesahkan angka korban meningkat kepada 16 orang.
Menteri Alam Sekitar, Encik Hanif Faisol Nurofiq, berkata penilaian awal mendapati sistem saliran yang tersumbat selepas dua hari hujan lebat menjadi pencetus utama...





