JAYAPURA: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akhirnya menemukan bangkai helikopter PK-IWS milik PT Intan Angkasa di sebuah gaung di Daerah Jila, Kabupaten (daerah pentadbiran) Mimika, Papua Tengah, pada Khamis, 11 September.
Pesawat jenis AS350 B3 itu ditemui dalam keadaan terbakar dengan empat penumpangnya disahkan maut.





