DOHA: Negara-negara Arab dan Islam sebulat suara mengecam serangan udara Israel ke atas Qatar minggu lalu yang disifatkan sebagai “kejam” dan berikrar menyokong langkah Doha dalam mempertahankan kedaulatannya.
Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani, yang juga Menteri Luar, menegaskan kecaman itu dizahirkan bukan sahaja daripada negara jiran, malah masyarakat antarabangsa yang prihatin.





