Sayap Wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengukuhkan usaha memperkasa golongan wanita dan meninjau keprihatinan mereka dalam mengatasi pelbagai cabaran dan isu yang kian ketara, dengan melancarkan empat jawatankuasa advokasi atau sokongan.
Ini merangkumi Jawatankuasa Fasa Kehidupan; Kerjaya dan Kepimpinan; Kesihatan dan Kesejahteraan; serta Keselamatan dan Rasa Hormat.





