Singapura akan terus mengekalkan pendekatan konsisten dan pragmatik dengan semua negara, termasuk kuasa besar Amerika Syarikat dan China, di samping memperluaskan hubungannya dengan negara di rantau pertumbuhan baru seperti Afrika, Asia Tengah, Amerika Latin dan Timur Tengah.
Ini sedang negara ini mengharungi dunia yang bergolak dengan ketidaktentuan dalam ekonomi dan perdagangan sejagat, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.





