Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF), sebuah jabatan di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO), akan memperluaskan kerjasama penyelidikan di peringkat antarabangsa, selain di peringkat individu atau institusi.
Ini dilakukan agar Singapura dapat memperkukuhkan kedudukannya sebagai hab dipercayai bagi Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan (RIE), kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong.





