Pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) dengan mandat yang kuat dan diperbaharui, dan kehadiran Parti Pekerja (WP) yang lebih kukuh di Parlimen adalah “keseimbangan” yang rakyat Singapura pilih buat masa ini.
Namun, ini adalah keadaan yang dinamik dan berkembang, kata Pengerusi PAP, Encik Desmond Lee.





