Singapura menyasarkan pertumbuhan ekonomi antara 3 dengan 4 peratus – atau lebih tinggi dalam “tahun-tahun yang sangat baik” – walaupun menghadapi cabaran yang mendatang, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.
Bercakap di Parlimen pada 22 September, Encik Gan berkata terdapat peluang meningkatkan produktiviti melalui teknologi, dan mengembangkan industri nilai tambah yang lebih tinggi...





