Tindakan Israel dalam peperangan di Gaza telah mendorong masyarakat antarabangsa memperbaharui usaha bagi mendesak Israel mengubah pendekatan mereka.
Baru-baru ini, Singapura bersama sebilangan besar negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Perhimpunan Agung telah mengundi bagi menyokong satu resolusi yang mengesahkan Deklarasi New York bagi menyokong penyelesaian dua negara.
Resolusi tersebut mencerminkan kebimbangan meluas bahawa penyelesaian dua negara sedang terjejas...




