Orang ramai tidak dibenarkan melakukan kegiatan udara seperti bermain layang-layang dan menerbangkan dron atau pesawat tanpa pemandu lain dalam kawasan larangan sementara dari 2 hingga 6 Oktober, semasa musim Formula Satu (F1).
Langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan orang ramai, serta memudahkan liputan acara tersebut yang akan dilakukan melalui penggambaran udara dari helikopter berketinggian rendah, kata Penguasa Penerbangan Awam Singapura...





