Pesta buku Melayu sudah menjadi semacam satu acara tahunan di Singapura.
Acara yang diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS) 2025 turut mencerminkan satu perkembangan yang baik kerana ini membuktikan budaya membaca, membeli buku dan meraikan para penulis masih ada tempat dalam masyarakat.





