JAKARTA: Kementerian Luar Indonesia menegaskan bahawa pendirian negara berhubung konflik Palestin serta penyelesaian dua negara kekal konsisten dan tidak berubah.
Penegasan itu disampaikan oleh jurucakap Kementerian Luar, Cik Yvonne Mewengang, sebagai respons terhadap kemunculan foto Presiden Prabowo Subianto pada beberapa papan iklan di Israel.





