Berbekal cogan kata ikonik, ‘Biasa saja nyah!’, pelakon kacukan Melayu dan Switzerland, Dini Schatzmann, 30 tahun, cukup dikenali di media sosial melalui kandungan jenaka dalam talian bersama isterinya, Janna Nick, 30 tahun, yang juga seorang pelakon sekali gus penyanyi.
Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga sejak 2023 itu, sering kelihatan bak belangkas yang sukar dipisahkan.





