WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengumumkan bahawa semua tebusan Israel dijangka dibebaskan pada Isnin, 13 Oktober, atau Selasa, 14 Oktober, sambil menyatakan hasratnya untuk menghadiri majlis menandatangani perjanjian damai di Mesir dan berucap di Parlimen Israel, Knesset.
Dalam mesyuarat Kabinet di Rumah Putih, Encik Trump memulakan sesi dengan membincangkan perjanjian yang dicapai sehari sebelumnya, di mana Hamas bersetuju...





