DAVAO ORIENTAL, FILIPINA: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud melanda perairan selatan Filipina pada pagi Khamis, 10 Oktober mencetuskan panik dan amaran tsunami di beberapa negara Asia Pasifik, termasuk Indonesia dan Palau.
Pihak berkuasa mengarahkan penduduk di kawasan pantai berpindah ke tempat yang lebih tinggi bagi mengelakkan risiko ombak besar.





