SHARM EL SHEIKH (Mesir): Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, terpaksa bercakap secara diplomatik pada 13 Oktober apabila beberapa pemimpin di sidang puncak Gaza di Mesir membantah penyertaannya.
Menurut sumber, Encik Netanyahu, dikatakan telah bersiap sedia untuk menyertai lawatan tiga pihak di saat-saat akhir melibatkan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dan Presiden Mesir, Encik Abdel Fattah al-Sisi.





