Singapura mengiktiraf kepelbagaian masyarakatnya, memelihara keunikan budayanya, serta membina persefahaman bersama, diasaskan atas keyakinan bahawa setiap kaum mempunyai tempat sama rata dalam masyarakat, kata Menteri Negara Kanan (Undang-Undang merangkap Pengangkutan), Encik Murali Pillai, dalam satu hantaran di Facebook pada 2 November.
Namun, Encik Murali menegaskan bahawa isu kaum tidak akan luput dalam politik, dan keharmonian di Singapura tidak boleh diserahkan...





